Setiap perkara pasti ada kebaikan dan juga keburukan ,begitu juga komputer. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam penggunaan komputer ini. Kita tengok satu persatu kebaikan dan keburukannya.
KEBAIKAN
*Kelajuan*
Operasi dalam komputer berlaku melalui litar elektronik dalam cip. Data mengalir dalam litar ini dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Pemprosesannya adalah sangat laju.
*Konsisten*
Komputer dapat memproses data kompleks dengan pantas dan tepat. Kesilapan output biasanya adalah disebabkan oleh kesilapan input manusia(Garbage In Garbage Out).
*Storan*
komputer masa kini mempunyai storan yang sangat besar. Data dan maklumat juga dapat dicapai dan diproses dengan cepat dan kemudian disimpan semula untuk kegunaan masa depan.
*Komunikasi*
Dengan adanya teknologi rangkaian komputer dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih pantas , efisien dan berkesan. Pengguna juga dapat berhubung dalam masa yang sangat singkat walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi yang sangat jauh.
*Kebolehsandaran*
Komponen-komponen komputer dalam litar elektronik mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Oleh itu, hasil pemprosesan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan konsisten.
KEBURUKAN
*Risiko Kesihatan*
Penggunaan komputer secara berterusan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.
Antara risiko kesihatan:
*Radang saraf yang menghubungkan lengan dengan telapak tangan.
*Keradangan tendon akibat gerakan yang berulang.
*Pencerobohan Hak Privasi*
*Keselamatan Awam*
Ada pihak tertentu yang sua menggunakan medium teknologi komputer untu menyebarkan propaganda pihak yamg juga akhirnya boleh menggugat keselamatan awam.
*Impak Tenaga Kerja(Impact on Labor Force)
*Impak Persekitaran*
0 the best person:
Post a Comment